
Latar Belakang
Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki) atau (SKPPL) adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Melayu yang tertua di negeri Kelantan.
Sejarah
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Ketua Jajahan Pasir Puteh iaitu Dato Bentara Luar, Tuan Haji Ghazali. Pada awalnya, sekolah ini telah dinamakan sebagai Sekolah Melayu Pasir Puteh. Pada masa itu, sekolah ini hanya Pada tahun 1917, sekolah ini memilki bangunannya sendiri apabila kerajaan membeli sebidang tanah daripada Tuan Haji Wan Musa Bin Wan Daud. Tanah ini terletak berhampiran Jalan Nara (sekarang dikenali sebagai Jalan Pasir Puteh – Machang).
Pada 1933, sekolah ini mendapat dua teres bangunan setingkat baru. Kemudian, pada tahun 1981 sekolah ini mendapat bangunan yang moden dengan selesainya pembinaan satu blok bangunan sekolah tiga tingkat. Dua blok bangunan lama yang dibina pada 1933 masih digunakan sehingga hari ini untuk menampung bilangan murid yang belajar pada satu sesi mempunyai satu kelas dengan bilangan murid seramai 20 orang dan seorang guru kelas.
Semasa era pendudukan Jepun iaitu pada awal tahun 1943, sekolah asal telah dipecahkan kepada dua buah sekolah yang berasingan, Sekolah Melayu Pasir Puteh telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki). Sebuah sekolah lagi dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan).
Pada 26 Julai 1984, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SKPPL telah mencadangkan agar nama Sek. Keb. Pasir Puteh (L) ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tok Janggut. Walau bagaimanapun, cadangan ini tidak diluluskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Kelantan (sekarang Jabatan Pelajaran Kelantan)
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan